Reka bentuk lencana yang menjadi lambang SMK MERBOK merupakan gabungan beberapa simbol yang mendukung falsafah tersendiri.
þ Berbentuk Perisai melambangkan pertahanan luaran dan dalaman daripada sebarang ancaman.
þBahagian kiri terdapat imej buku yang menggambarkan suatu matlamat untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan seiring dengan kemajuan teknologi terkini, berfikiran terbuka dan berakhlak mulia.
þSebelah kanan terdapat imej pelita yang bermaksud ilmu adalah penyuluh hidup yang sentiasa menjadi petunjuk hala tuju pelajar dalam memburu impian dan cita-cita.
þ14 Jalur Melintang bermaksud negeri-negeri persekutuan Malaysia .
þ Cogan kata / Moto yang tertera pada lencana membawa maksud ilmu yang dipelajari dapat diamalkan untuk berbakti kepada Agama, bangsa dan negara. Disamping itu juga ia juga bermaksud SMK Merbok akan terus berfungsi sebagai institusi pendidikan untuk melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.
þWarna merah melambangkan semangat berani dan kesungguhan yang dipupuk di dalam jiwa warga sekolah untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
þWarna Biru membawa maksud kesepaduan dan keikhlasan setiap warga sekolah dalam semangat yang harmoni dan toleransi.
þWarna Putih membawa erti kesucian dan keikhlasan dalam menjalankan tugas sama oleh seluruh warga sekolah dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia .
Warna Kuning bermaksud keharmonian seluruh warga SMK Merbok serta kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara.