Wednesday, June 9, 2010

SEJARAH SMK MERBOK


 Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok telah dibuka pada tahun 1966 dengan menumpang  di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chin Chong, Semeling.  Ketika itu Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok mempunyai enam buah bilik darjah dengan bilangan murid seramai 175 orang dan 12 orang guru.
            Pada tahun 1967 terdapat tujuh kelas aliran Melayu dan dua kelas aliran Inggeris.  Bilangan muridnya ialah seramai 280 orang dengan 18 orang guru.  Bilangan ini bertambah kepada 380 orang murid pada tahun 1968. Pada tahun 1969, bilangan murid bertambah kepada 570 orang dan tenaga pengajarnya bertambah seramai 27 orang.  Dua sesi persekolahan telah diadakan iaitu 13 kelas pagi dan 3 kelas sesi petang.
           Menjelang tahun 1983 bilangan murid Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok adalah seramai 1743 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 72 orang guru.  Tetapi  dengan terbinanya Sekolah Menengah Kebangsaan Singkir pada tahun 1985, bilangan murid telah berkurang dengan banyaknya.  Murid-murid dari kawasan Singkir, Tanjung Dawai dan Simpang Tiga Pasir telah berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Singkir.  Pada akhir tahun 1990, bilangan murid sekolah ini dianggarkan seramai lebih kurang 1000 murid sahaja.
          Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok kini menampung murid-murid dari tingkatan peralihan hingga ke tingkatan enam ( Pra Universiti ).  Sebagai sebuah sekolah yang besar, banyak kejayaan yang telah dicapai sama ada dalam bidang kurikulum dan  kokurikulum.